Sunday, January 17, 2010

::: Lets comment my JOURNAL :::

PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH : SATU KAJIAN KES DI PULAU PINANG

http://www.usm.my/km/24-06/KM%20ART%2011.pdf

Dalam bidang pendidikan, usaha mempertingkatkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran terus dipergiatkan bagi melahirkan generasi muda yang celik komputer dan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa. Selaras dengan kesungguhan kerajaan menggalakkan penggunaan komputer dalam bidang pendidikan, adalah wajar satu kajian dilakukan untuk mengetahui tahap penggunaan komputer bagi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru. Justeru itu, satu kajian kes dijalankan di tiga buah sekolah menengah Pulau Pinang. Teori Resapan Inovasi dijadikan asas untuk mengenalpasti tahap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dan faktor-faktor yang mempengaruhinya.

14 Comments:

  1. Mohd Fikry 202168 said...
    Setiap kali ingin memulakan kelas, saya sentiasa terfikir idea untuk menggunakan ICT dalam kelas ini, antaranya tayangan animasi berkenaan subjek (Sains), simulasi yang boleh dipaparkan berkenaan topik tertentu dan penggunaan Internet sebagai sumber transformasi ilmu kepada pelajar2. Memang tidak dinafikan kaedah ini bukan sahaja memudahkan proses pnp akan tetapi meningkatkn lgi minat pelajar untuk meneroka ilmu dan maklumat atas inisiatif dan idea mereka sendiri.

    Akan tetapi saya meliht faktor lain juga memainkan peranan dalam hal ini. Sekiranya kita membincangkan tentang integrasi ICT dalam pedadogi dan pentdbiran sekolah, kita perlu 'down to earth' terjun menyelami beberapa persoalan reliti antaranya:
    1. berapa peratuskah sekolah di malaysia ini dibekalkan dengan kemudahan teknologi ini. Sekolah YIK kita ni, berapa %?
    2. Sejauh manakah kemahiran ICT ini telah dikuasai oleh kita sebagai guru?
    3. Sejauh manakah peruntukan kewangan telah disalurkan dalam pembangunan ICT ke sekolah2 di negara ini? peruntukan untuk sekolah agama rakyat? Apakah hasilnya hingga kini..?

    Itu adlah perspektif saya secra peribadi sahaja. pohon idea rakan2 untk tambah, komen, kritik atau apa sahaja yang dirasakan sesuai untuk sama2 berkongsi ilmu.
    babasayyidah said...
    Kajian terhadap penggunaan komputer dikalangan guru sekolah menengah yang telah dijalankan di Pulau Pinang adalah sangat bertepatan dengan era pembelajaran abad ke 21 ini kerana penggunaan komputer sekarang dah menjadi keperluan kepada masyarakat khususnya kepada para guru untuk menghadapi pelajar yang celik IT terutama pelajar-peljar di bandar, kebanyakan mereka ini sudah terdedah penggunaan komputer semasa belum ke alam persekolahan lagi.
    penggunaan komputer dikalangan guru adalah sangat-sangat digalakan untuk mencapai tahap pembelajaran yang moden dan menarik minat para pelajar, tak kira subjek apapun yang diajar maka guru yang bagus dari segi penggunaan komputernya ia akan dapat memberi pendedahan kepada pelajar dengan lebih berkesan denagn apa yang ingin di sampaikan.
    Kesimpulannya penggunaan komputer dikalangan guru sekolah amatlah penting lebih-lebih lagi zaman moden ini, para guru hendaklah selari dengan kemajuan teknologi maklumat yang terlalu canggih sekarang.
    Shahrina Sha'ari (202251) :: SMU (A) Tarbiah Mardhiah Panchor, Kemumin :: said...
    Harus di akui bahawa pada abad ke-21 pelajar lebih cenderung ke arah pembelajaran melalui komputer berbanding dengan kaedah tradisional yang telah digunakan sejak zaman berzaman.Ini sejajar dengan usaha yang dilakukan dalam bidang pendidikan untuk mempertingkatkan penggunaan komputer dalam P&P. Realitinya sekarang, majoriti pelajar lebih celik IT berbanding guru-guru mereka sendiri kerana hampir setiap hari mereka melayari internet sama ada di rumah atau pun di kafe siber. Justeru, guru-guru juga perlu diberi pendedahan yang secukupnya bagi memastikan penggunaan komputer dalam P&P mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Apa yang menjadi persoalannya ialah, adakah kementerian pendidikan menyediakan kemudahan komputer yang mencukupi kepada semua sekolah dalam hasrat untuk melaksanakan kaedah ini? sekiranya tidak maka agak sukar untuk melihat kaedah ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

    Memang tidak dapat kita dinafikan, kesan daripada penggunaan IT dalam P&P akan dapat menarik minat pelajar terhadap sesuatu subjek yang mungkin selama ini telah dianggap oleh pelajar sebagai subjek yang "boring".
    ZAIMAH MOHAMAD (202079)..SMU(A) TARBIAH MARDHIAH, PANCHOR KEMUMIN, KOTA BHARU,KELANTAN said...
    Dalam proses pengajaran, guru-guru akan menggunakan berbagai-bagai kaedah penyampaian untuk memudahkan berlakunya perubahan minat, tingkah laku, kemahiran dan kognitif pelajar-pelajar atau dengan perkataan lain memudahkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran itu berlaku. Aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam mengelolakan pengalaman pembelajaran amatlah banyak dan berbeza-beza mengikut keadaan. Guru-guru terpaksa mengelolakan semua perkara iaitu antaranya penyelenggaraan pinjaman buku teks, alat bantu mengajar, alat-alat lain yang digunakan oleh pelajar-pelajar, susunan bilik darjah dan segala aktiviti untuk mewujudkan suasana atau keadaan yang menimbulkan pengalaman baru dan tarikan kepada pelajar-pelajar.

    Dengan kemajuan dan perkembangan teknologi maklumat yang wujud sekarang ini, maka kaedah pengajaran telah berubah supaya bersesuaian dengan keperluan semasa. Secara amnya teknologi maklumat diserapkan ke dalam sistem pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran dengan memili komputer sebagai alat bantu mengajar. Aplikasi media pengajaran terutamanya komputer perlu dieksploitasi oleh para pendidik untuk menjamin proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Hal ini disebabkan oleh arus perkembangan dalam dunia komputer menjadi begitu pantas dengan wujudnya teknologi canggih, iklim dan falsafah ekonomi serta politik yang menggalakkan.

    Pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer ternyata memberikan kesan yang mendalam kerana dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam akademik.Ini kerana pelajar akan lebih minat belajar menggunakan komputer Jika p&p menggunakan komputer diaplikasikan di bandar dan luar bandar,sudah tentu hasilnya amat membanggakan semua pihak.
    Muhammad Azzam said...
    Adalah diakui dalam dunia pendidikan yang bersifat transformasi pada hari ini,penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak telah mengambil alih peranan guru dalam pengajaran dan pengurusan bilik darjah. Walaubagaimanapun,peranan guru tetap tidak dikesampingkan dimana mereka berperanan khusus dalam menunjuk ajar dan mempromosi penggunaan teknologi pendidikan tersebut.Dalam erti kata yang lain pengaplikasian dan penggunaan ICT adalah tidak berhasil tanpa pengelibatan guru dimana guru lah juga yang setia meunjuk ajar insan yang bergelar pelajar.Justeru dalam memainkan peranan tersebut para guru dituntut untuk mandalami ilmu ICT dan mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan aspek pengurusan bilik darjah mereka.
    Arwa Dina Ghazali said...
    pada pendapat saya sememangya penggunaan ict dapat membantu p&p,namun saya juga berpendapat tidak semua lapisan pelajar sesuai untuk belajar melalui talian. terdapat beberapa faktor yang menghalang seperti kemahiran menggunakan komputer dan ketiadaan kemudahan. tahap banyak yang lebih sesuai untuk belajar dalam talian adalah pelajar u shj kerana bg saya mereka mampu untuk mencari alternatif lain jika kemudahan tiada d rumah.
    Munirah Binti Embong said...
    Semua guru seharusnya bersedia untuk meningkatkan diri ke arah penguasaan teknologi maklumat memandangkan pelbagai maklumat dan pengetahuan kini hanya berada di hujung jari selain pelbagai kelebihan boleh diambil melalui penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya guru tidak mengambil kelebihan ini, maka guru akan ketinggalan dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Para pelajar juga akan merasa bosan dengan kaedah konvensional yang dipraktikkan sedangkan dunia hari ini telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan kecanggihan teknologi maklumat.
    Integrasi teknologi iaitu menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi. ICT dapat membantu mengatasi kelemahan pendidikan yang diajar secara tradisional serta penglibatan guru dalam penggunaan komputer secara lebih produktif. Guru harus mengintegrasi kemahiran teknologi dan peluang pembelajaran secara konstruktivis untuk melihat keberkesanan penggunaan teknologi.
    Noor Hazamira Alwi (202052) said...
    Artikel dan kajian yang sangat menarik. Sememangnya umum mengetahui tentang kepentingan dan kelebihan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran seiring dengan peredaran zaman. Apa yang penting adalah, dalam melaksanakan atau menggunapakai kemudahan teknologi ICT dalam proses P&P, beberapa aspek penting perlu dikaji dan diambilkira sebelum dilaksanakan. Antaranya tentang:
    1. kesediaan murid-murid untuk menerima perubahan proses P&P daripada tradisional kepada yang lebih moden
    2. Guru-guru perlu diberi kursus khas untuk memahirkan diri dengan penggunaan teknologi ICT
    3. Pentadbir sekolah perlu menyediakan peralatan yang secukupnya kepada murid dan guru supaya proses P&P berbantukan komputer dapat berjalan dengan lancar.
    shahida said...
    Kelebihan menyepadukan alat teknologi pendidikan seperti komputer di dalam pengajaran, bukan sahaja dapat menarik minat dan meransang pelajar
    untuk menguasai pelajarannya dengan lebih mudah, malah dapat memotivasikan pelajar berfikir secara kreatif di samping menambahkan keseronokan kepada guru itu sendiri dalam proses pendidikan. Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aplikasi seperti internet dapat membantu pengurusan dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan pendidik, pelajar, ibu bapa dan ahli masyarakat yang prihatin. Penggunaan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia nyata serta membolehkan pelajar-pelajar sendiri mencari maklumat dan bahan asal, memudahkan kolaboratif dan perbandingan global, dan membolehkan bahan-bahan multimedia dicipta dan disebarkan dengan mudah.
    Sity Aizah Bt Aznan said...
    Salam..

    Pada masa kini, setiap individu perlu celik IT agar tidak ketinggalan zaman dan hampir semua urusan harian menjadi mudah hanya dihujung jari. Setelah membaca journal ini ,berdasarkan jadual yang diberi, saya dapati guru baru kebarangkaliannya telah mencatat penggunaan yang tertinggi dalam proses P&P berbantukan penggunaan komputer jika dibandingkan dengan guru-guru yang berpengalaman. Bagi pendapat saya, guru baru dan guru lebih berpengalaman adalah selesa begitu kerana guru baru masih lagi belajar dalam bagaimana menjadikan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas itu berkesan iaitu difahami oleh pelajar dalam tempoh masa yang ada, manakala bagi guru berpengalaman lebih selesa dengan cara tradisional kerana mereka sudah lama berada dalam bidang pendidikan dan mahir dalam P&P berkesan.
    shahida said...
    Pada masa kini, pendidikan berkembang seiring dengan teknologi maklumat dan komunikasi(ICT), sepatutunya pembelajaran secara kontruktif telah lama diamalkan dalam sistem pendidikan masa kini, ini kerana pelajar kini adalah lebih moden, jadi tahap pengetahuan mereka dalam teknologi juga lebih tinggi, justeru pendekatan cara perantis lebih seuai berbanding pendekatan tradisional kerana pendekatan cara ini tidak membosankan pelajar malah mereka dapat menunjukkan minat dan kreativiti terhadap pembelajaran.Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud penggunaan alat teknologi yang diaplikasikan dalam dunia pendidikan contohnya teknologi maklumat iaitu melalui ruang maya atau sebarang media penyebaran dan penyampaian maklumat sama ada dalam bentuk audio, video, dan data bertepatan dan diaplikasikan penggunaan peralatan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan pembelajaran.Justeru pendekatan seumpama ini wajarlah diadakan bagi meningkatkan lagi bidang pendidikan di negara kita, selain itu pembelajaran secara kontruktif juga dapat mengembangkan bakat dan kreativiti pelajar melalui kaedah penyelesaian masalah.
    Zuariah Yunus (202074) SMU (A) TARBIAH MARDHIAH PANCHOR said...
    Di zaman yang serba canggih, peranan seorang guru juga harus dipertingkatkan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru abad ini seharusnya menggunakan pelbagai kemahiran yang ada termasuk kemahiran menggunakan komputer. ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang bijak lagi cemerlang.
    azma said...
    Berdasarkan jurnal tersebut, pada saya mengikut situasi dan senario hari ini dalam pendidikan di Malaysia penggunaan komputer sememangnya perlu dititikberatkan. Berdasarkan kajian tersebut, Pulau Pinang adalah sebuah negari yang maju, namaun penggunaan teknologi dalampnp masih kurang mendapat sambutan. Ini menunjukkan bahawa faktor ekonomi dan kemudahan teknologi bukanlah penyebab utama ianya tidak digunakan dalam pnp.Saya menyarankan guru-guru perlu diberi latihan dan pendedahan yang mendalam untuk menggunakan teknologi ict dalam pnp.
    Zalina Hassan Zamri said...
    salam,
    kajian kes yang dijalankan di tiga buah sekolah menengah Pulau Pinang adalah satu kajian yang tepat kerana penggunaan ict dalam proses pnp adalah satu kaedah yang amat berkesan. selain dapat melahirkan pelajar yang celik IT, guru juga dapat mempelajari bidang IT dengan lebih meluas.

Post a Comment